Karamunsing Shopping Complex History

29 Jun 2012

Ni adalah sebahagian daripada projek aku dulu kat kolej,so mesti benda ni berguna pada segilintir orang,jadi,ni je yg dapat aku kongsikan…selebihnya cari sendiri sebab aku sndri pun payah nak dapat tau..!!..hehehe Karamunsing Historys


Slide Pengajian Malaysia Bab 4 – Cabaran Negara Bangsa

29 Jun 2012

Slide ni aku buat sendiri berdasarkan buku Pengajian Malaysia yang aku guna,so ni adalah presentation aku yang kira lengkap la..pensyarah pun boleh guna,student pun boleh guna..ingat,jangan salin bulat-bulat…hahaha..(untuk student)MPW 1123


Doa Untuk Kekasih

29 Jun 2012

Salam u all…kali ni aku nak share satu doa yang kita boleh amalkan setiap kali selesai solat…doa ni bagus sangat.Kepada kekasih yang sedang berkasih ataupun yang sedang buntu dan yang inin mengeratkan hubungan cinta anda..cuba amalkan doa ini..insyaallah dengan izin-NYA.Sesungguhnya,kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah yang akan menetukan segala-galanya..

Ya ALLAH, jika telah ENGKAU catatkan dia milikku dan tercipta buatku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku dan titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi.  Baca baki entri ini »


Assalamualaikum…

29 Jun 2012

Maaf kpda semua pengunjung di atas kelewatan sy mengupdate blog ni…sy rsa dekat setahun dah sy tdk mengupdate blog ni…so harap korang yang mengunjungi blog ni dapatlah memberi komen dan pandangan kepada sy sendri.Saya pun sbnrnya tidak bgtu mahir dalam dunia blog ni…tpi sy mencuba ntuk berkecimpung dalam dunia blog ni…dan akan memberikan cerita2 menarik,tips2 menarik dan agenda2 menarik kpda semua pengunjung..insyaallah…


Cara Membuka Body Printer MP198

9 Disember 2011

Ni adalah langkah-langkah untuk membuka body printer Canon MP198…

1.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.


KERUNTUHAN ‘WTC’ NEW YORK SUDAH TERMAKTUB DI DALAM AL-QURAN

30 April 2011
APABILA ulama Mesir, Dr Zaghlul Najjar, tampil menerangkan kejadian runtuhan World Trade
Center (WTC), New York pada 11 September 2001 sudah dibayangkan al-Quran, penduduk dunia,
termasuk umat Islam sendiri berasa takjub.Ini kerana tiada siapa pun termasuk perisik Amerika Syarikat sendiri gagal menjangka pesawat akandigunakan sebagai ‘senjata’ bagi meruntuhkan bangunan lambang kemegahan negara berkenaan.Mengikut kajian Dr Zaghlul, runtuhan WTC turut mencatatkan sejarah hitam bagi Amerika seolaholahdigambarkan menerusi ayat ke 110 Surah at-Taubah dalam al-Quran.Ayat itu bermaksud: “Bangunan-bangunan yang mereka dirikan itu sentiasa menjadi pangkalkeraguan dalam hati mereka, kecuali bila hati mereka itu sudah hancur. Dan Allah Maha Mengetahuilagi Maha Bijaksana.”Kajian mendapati beberapa fakta mengenaikejadian runtuhan WTC mempunyai kaitan dengan ayatberkenaan antaranya bangunan WTC setinggi 110 tingkat dan peristiwa itu berlaku pada bulan kesembilan Masihi (September) manakala ayat al-Quran berkenaan adalah ayat ke- 110 dari surahkesembilan (at-Taubah). Baca baki entri ini »

PERKARA YANG HARUS DI AMBIL TAHU SEBELUM MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

30 April 2011
SEMBAHYANG penting dalam kesatuan umat Islam. Pentingnya solat itu, maka Nabi Muhammad saw memberi amaran keras kepada mereka yang tidak hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa secara mudah meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut, Allah akan menjadikan hatinya keras untuk menerima kebenaran.”Sembahyang Jumaat ini terlalu penting untuk memastikan umat Islam berada di atas landasan yang membawa kecemerlangan dan kejayaan. Baginda juga meletakkan garis panduan yang wajib diikuti oleh mereka yang menghadirinya. Hal ini bagi memastikan ibadat Jumaat itu benar-benar dapat mendidik jiwa orang yang menghadirinya. Antara garis panduan itu adalah:Mengemas diri dengan sebaik-baiknya, mandi membersihkan dirinya agar jemaah lain, terutama yang berhampiran dengannya tidak terganggu oleh bau badan atau pakaiannya yang busuk. Nabi bersabda bermaksud: “Apabila seseorang kamu menghadiri sembahyang Jumaat, maka hendaklah dia mandi.” (Hadis riwayat Muslim)Segera ke masjid dengan penuh ketenangan. Perkara ini perlu bagi mendapatkan saf yang paling depan, berzikir, membaca al-Quran serta berpeluang mendengar khutbah dengan jelas.Baginda bersabda bermaksud: “Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian pergi ke masjid pada awal waktu, maka seolah-olah dia berkorban seekor unta.” (Hadis riwayat Bukhari) Menumpukan perhatian sepenuhnya kepada khutbah yang dibaca.Mendengar khutbah adalah suatu kemestian dan syarat sah bagi sesuatu Jumaat yang didirikan. Ia adalah kemuncak kepada ibadat sembahyang Jumaat.Sekiranya jemaah yang membanjiri masjid tidak mendengar khutbah dengan baik, sibuk bercakap-cakap sesama sendiri atau gurau senda, dia bukan saja tidak dapat menerima faedah daripada khutbah disampaikan oleh khatib, malah solat Jumaatnya penuh dengan kecacatan dan tidak sempurna. Paling sedih, dia langsung tidak mendapat pahala. Perkara itu seperti sabda Nabi yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: “Barang siapa yang bercakap-cakap ketika Imam sedang membaca khutbah (Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata diam (kepada rakannya yang bercakap) tiadalah Jumaat baginya, Jumaatnya tidak sempurna.”Demi memastikan setiap kalimah yang dibaca oleh khatib didengar serta difahami dengan baik, Rasulullah melarang jemaah yang berada dalam masjid daripada melakukan ibadat sunat seperti bertasbih atau membaca al-Quran.Sembahyang sunat Tahyatul Masjid dibenarkan, tetapi hendaklah didirikan seringkas mungkin agar jemaah tidak terlepas daripada mendengar khutbah.Berbual dan sikap tidak menumpukan perhatian ketika khatib membaca khutbah adalah perbuatan yang sangat buruk. Ia menyerupai sikap yang pernah ditunjukkan oleh orang kafir Quraisy pada zaman dulu. Firman Allah bermaksud: “Dan orang kafir berkata: “Janganlah kamu mendengar akan al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyanyian dan jeritan riuh rendah serta tepuk sorak) supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya). Maka demi sesungguhnya, kami akan merasakan kepada orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.” (Surah al-Fussilat, ayat 26 dan 27)Amalan tidak memberi tumpuan terhadap khutbah yang dibaca oleh khatib adalah kesalahan yang menyerupai pengabaian terhadap bacaan al-Quran. Perkara ini kerana salah satu dari rukun khutbah adalah membaca al-Quran. Justeru, Allah menggesa agar apabila al-Quran atau khutbah dibaca, maka hendaklah kita diam dan menumpukan perhatian terhadap bacaan itu.Firman Allah bemaksud: “Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)Sumber: BH Online

%d bloggers like this: