SISTEM PENTADBIRAN ISLAM

Jika pentadbiran melibatkan aspek keislaman atau disebut sebagai sistem pentadbiran Islam, ianya perlulah memenuhi keperluan utama bagi membentuk satu pentadbiran yang menyeluruh dengan mengaplikasikan aspek syariat. Dengan kata lain pentadbiran Islam bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat bagi masyarakat manusia berpandukan al-Quran dan Sunnah.Oleh itu, definisi pentadbiran Islam bolehlah diperhatikan antaranya seperti berikut:

Al-Buraey menyatakan bahawa Al-Quran tidak menyebut secara khusus tentang apa itu pentadbiran namun ia menggunakan bahasa Arab iaitu ‘yudabbiru‘ bermakna mengarah, memimpin, mengendali, mengurus, merancang, mengemudi, mengatur, mengawal, bertugas, mengurus dengan baik, berekonomi, buat perancangan dan perniagaan.[12] Menurut beliau lagi, pentadbiran Islam perlulah beroperasi menerusi persefahaman atau yang lebih dikenali sebagai demokrasi sebagai asasnya. Oleh itu pemimpin atau pentadbir yang diktator dan autokratik tidak mempunyai tempat dalam sistem pentadbiran Islam.[13]
-         Saari Sungip mendefinisikan sistem pentadbiran Islam sebagai salah satu bahagian daripada bahagian-bahagian yang tercantum erat dan terbina di atasnya Islam itu sendiri sebagai satu cara hidup yang kuat dan kukuh. Oleh itu apa yang menjadi asas kepada Islam mestilah juga menjadi asas kepada bahagian yang lain.[14]
-         Mohd Affandi Hassan menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifahnya di dunia, dengan mengerjakan amal salih secara syura (perundingan dan kerjasama) dalam organisasi.[15]
-         M.A Niaz pula dalam mendefinisikan maksud sistem penadbiran Islam menyatakan bahawa pentadbiran Islam ialah satu model yang berorientasikan nilai (value-oriented model) bertujuan untuk memaksimumkan nilai keislaman dan standard etika. Keadilan sosial dan kebebasan adalah antara matlamat yang perlu dicapai oleh pentadbir dalam sistem pentadbiran Islam. Meskipun terdapat beberapa aspek nilai yang mempunyai persamaan dengan model dan budaya lain, keunikan model sistem pentadbiran Islam ialah pada :
i)                    Keesahan dan kepatuhan kepada tuhan
ii)                   Lebih mengutamakan perpaduan dan kerjasama berbanding persaingan
iii)                 Sikap dan kelakuan yang sederhana dan ringkas
iv)                 Wujudnya prinsip syura yang merupakan nadi kepada pentadbiran Islam.[16]
-         Ibrahim Abu Sin menyatakan pentadbiran Islam merupakan satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus.[17]
-         Ibn Khaldun menafsirkan pentadbiran Islam sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi menguruskan usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan dan bermatlamat. Beliau berpendapat pentadbiran adalah dilihat sebagai satu konsepsi kemasyarakatan yang berasaskan kepada peranan manusia itu sendiri sebagai pemimpin organisasi kemasyarakatan.[18]
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Prinsip ialah kebenaran asas atau dasar. Kebenaran asas ini tidak boleh berubah kerana di atasnya bergantung lain-lain kebenaran.
“Prinsip” bertindak selaku landasan dalam melaksanakan kegiatan pentadbiran atau pengurusan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah dirancang dan ditetapkan. Fokus perbincangan kita untuk CTU263, ialah:
i. Al-’Ubudiyyah,
ii. Al-Syura,
iii. Al-Adalah,
iv. Al-Musawah,
v. Al-Huriyyah
2.3.1 Al-’UBUDIYYAH
• Pengabdian diri kepada Allah S.W.T.
• Semua urusan hidup mestilah memenuhi konsep pengabdian diri ini. Pengabdian diri yang mutlak kepada Allah S.W.T. membawa manusia ke tahap taqwa.
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku”
(Ad-Dzariyyat: 56)
“Wahai sekalian manusia! beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa”.
(al-Baqarah: 21)
• Pengurus dan subordinat perlu menghubungkait dan mengimbangi semua aktiviti antara dunia dan akhirat.
“(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu mengutama-kan kehidupan dunia; pada hal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal”.
(al-cAla :16-17)
• Objektif kehidupan dunia diseimbangkan dengan objektif akhirat iaitu untuk mendapat keredaan Allah SWT.
“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluanmu dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baik kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berbuat kerosakan”. (al-Qasas :77)
Sabda Rasullullah saw bermaksud:
“Manusia yang paling besar jiwanya ialah orang mukmin yang mengambil berat tentang urusan dunia dan akhiratnya.”
(lihat Sunan Ibn Majah, Kitab al-Tijarah, Hadith 2143, 1992:725)
• Mengutamakan yang fardu daripada yang sunat. Mengutamakan solat daripada kerja seharian (apabila sampai waktu). Seyyed Hossein Nasr (1989:15) menegaskan:
“Kerja berhubung rapat dengan solat dan amal lbadah. Solat membawa insan kepada keselamatan diri dan kebahagiaan jiwa (soul). Daripada kesejahteraan diri akan muncul perbuatan dan pekerjaan yang baik. Dalam kehidupan lslam, waktu bekerja diselang-seli oleh solat dan kegiatan budaya (istirehat). Dalam seni bina bandaraya tradisional, ruang untuk solat, kerja, pendidikan dan kegiatan budaya dijalin secara harmoni dan disepadukan sebagai satu kesatuan (unity). Pekerja bergerak dari masjid ke tempat kerjanya dan menghentikan pekerjaan nya berulang kali bagi menunaikan solat setiap hari. Keadaan ini meninggalkan kesan yang mendalam ke atas makna kerja itu sendiri, di mana ia memperolehi ciri keagamaan yang menentukan makna susila dalam lslam”.
• Kepatuhan kepada konsep KEESAAN ALLAH SWT akan melahirkan satu doktrin bahawa “setiap perlakuan manusia akan dibalas berdasarkan kepada baik buruknya sesuatu perlakuan itu”. Sedar tanggungjawab mereka yang sebenar.
2.3.2 AMALAN AL-SYURA
• Syura merupakan suatu proses perbincangan, perundingan atau permesyuaratan bagi mencapai permuafakatan dan persetujuan dalam membuat keputusan mengenai sesuatu polisi dan agenda tindakan. Ini sejajar dengan suruhan al-Quran dan amalan Rasulullah s.a.w.
“Dan (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadanya”.
(al-Shura: 38)
“…dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan itu), apabila telah tetap keazaman maka bertawakallah kepada Allah”.
(al-cImran :159)
• Mengikut al-Mawardi (1966:43 & 1993:73) terdapat empat pendapat di kalangan ulama tafsir (ahli al-ta’wil) mengenai suruhan amalan syura, iaitu:
1. Rasulullah saw disuruh bermesyuarat dengan mereka (para sahabat) dalam urusan peperangan untuk mendapat pandangan yang bernas (sahih). Ini adalah pendapat al-Hassan.
2. Rasulullah saw bermesyuarat dengan mereka bagi menjalinkan kemesraan serta mengambil hati mereka. Ini pendapat Qatadah.
3. Rasulullah saw bermesyuarat kerana Allah SWT mengetahui kelebihan serta faedah yang akan didapati. Ini pandapat al-Dahhak.
4. Rasulullah saw bermesyuarat bertujuan untuk menjadikannya ikutan bagi orang-orang lslam. Walaupun ia sebenarnya tidak memerlukan kepada pandangan mereka. Ini pendapat Sufian.
• Proses syura memberi peluang kepada mereka yang terlibat untuk mengemukakan pandangan secara bebas dan pada masa yang sama menghargai pandangan pihak lain untuk mencapai keputusan yang terbaik melalui partisipasi berbagai-bagai pihak dalam perkara yang menyangkut kepentingan bersama.
• Syura mempunyai limitasi keharusannya, iaitu:
1. Syura tidak seharusnya diadakan dalam membincangkan perkara-perkara yang telah dinaskan melainkan dalam menentukan cara-cara untuk melaksanakan perkara-perkara yang telah dinaskan tersebut.
Contohnya, tidak harus membincangkan untuk melaksanakan atau tidak undang-undang Islam, tetapi diharuskan berbincang tentang pendekatan yang boleh diambil untuk melaksanakan undang-undang tersebut.
2. Syura tidak harus diadakan untuk membincangkan perkara-perkara yang jelas bertentangan dengan kehendak-kehendak nas syarak (ketentuan al-Quran dan al-Sunnah).
Contohnya, tidak boleh mengadakan perbincangan dan perundingan untuk menghalalkan perjudian kerana ia dengan jelas bertentangan dengan nas syarak yang telah mengharamkannya.
• Rasullullah saw memperkenalkan sistem syura dengan melakukan berbagai-bagai perundingan bersama sahabat yang bijak, pandai, kuat iman, warak dan bersemangat untuk mengembangkan lslam. Majlis penasihat (syura) pada masa itu terdiri daripada kalangan muhajirin dan Ansar.
• Mesyuarat dijalankan untuk membincangkan terutamanya urusan berkaitan politik, pendidikan dan ketenteraan. Dengan kata lain perbincangan adalah mengenai perkara-perkara teknikal atau mencari kaedah untuk melaksanakan sesuatu urusan/ projek.
• Keputusan dibuat hanya untuk mencapai dan mencari keredaan Allah SWT, sesuai dengan hukum-Nya dan sunnah nabi-Nya.
• Dari segi keahlian pula berdasarkan keimanan, keilmuan, ketaqwaan, bijak, mahir dan bersemangat untuk membangunkan Islam. Bukannya golongan yang ingin mengambil kesempatan, kedekut, pengecut, tamak, dan penjenayah.
• Walaupun majlis syura dari segi perlaksanaannya seakan-akan menyamai dengan proses demokrasi ala Barat, tetapi terdapat perbezaannya, amalan demokrasi Barat menyerahkan kuasa pemutus kepada suara majoriti yang dipilih walaupun suara tersebut bertentangan dengan kehendak Islam.
• Demokrasi Barat juga memberikan kuasa yang amat luas kepada rakyat untuk menentukan segala keputusan. Ia seolah-olah mendaulatkan rakyat sebagai simbul kekuasaan sedangkan Islam meletakkan Allah swt sebagai Yang Memiliki Kuasa Yang Tertinggi. Sistem syura dalam Islam tidak sama dengan mesyuarat yang menjadi amalan masa kini.
PRINSIP-PRINSIP PENGURUSAN ISLAM
Sambungan Kuliah Minggu Lepas
2.3.3 AL-’ADALAH (KEADILAN)
• Al-‘Adalah bermaksud meletakkan sesuatu yang sesuai pada tempatnya.
• Semua aktiviti yang dilaksanakan mestilah secara tepat, baik, sesuai dan berkonsepkan ihsan.
• Al-Quran memerintah supaya berlaku adil dalam semua urusan hidup manusia. Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji, dan mungkar serta kezaliman, Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya”.
(al-Nahl :90)
• Mengikut al-Mawardi (1966: 66);
“Keadilan bererti bercakap benar, jelas kejujuran (amanah), menjauhi yang haram, memelihara diri dari terjerumus ke dalam dosa, menjauhi syubahat, tenang dalam menghadapi kesukaan dan kemarahan (tidak dikuasai oleh perasaan kasih dan marah terhadap sesuatu), dan menjaga maruah dalam urusan keagamaan dan keduniaan”.
• Keadilan bukan sahaja menjauhkan diri dari yang haram dan syubahat, malah budi pekerti haruslah mulia (Harun Taib 1981:69).
• Bagi Majid Khadduri (1994:9);
“Fahaman keadilan yang dibayangkan dalam perkataan cadl, diringkaskan dalam surat yang dikatakan diutuskan kepada Khalifah cAbd al Malik (m.86/ 705) oleh Sacid lbn Jubir, iaitu:
1. Keadilan dalam membuat keputusan.
“Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil”.
(al-Nisa’ : 58 )
2. Keadilan dalam pengucapan.
“Dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa-apa keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil sekalipun orang itu ada hubungan kerabat denganmu”.
(al-Ancam:152)
3. Keadilan dalam (mengejar) keselamatan.
“Dan peliharalah diri kamu daripada (huru hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikit pun, dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang manfaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab dan sengsara)”.
(al-Baqarah:123 )
4. Keadilan terhadap Allah SWT.
Tidak syirik dan menyamakan Allah SWT dengan sesuatu. Orang-orang kafir telah melakukan kesyirikan, ini berdasarkan firman Allah SWT, bermaksud:
“Dalam pada itu, orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.
(Al-Ancam:1)
Oleh itu Allah SWT berfirman, bermaksud:
“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya)”.
(al-Nisa’ :129)
5. Keadilan berdasarkan kesempurnaan timbangan dan ukuran.
Secara umumnya kesempurnaan ini bermaksud (sesuatu benda tertentu itu) sama (dengan yang lain) dari segi timbangan dan saiz. Kesempurnaan demikian adalah baik kesannya bagi manusia di dunia dan di akhirat. Al-Qur’an menggambarkan:
“Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik (kesannya bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak).
(al-Isra’ :35)
• Pengurusan (pemimpin) yang baik akan sentiasa menjaga hak, kebajikan dan keperluan pekerja.
Contohnya: membayar gaji yang setimpal dan segera, bonus atau anugerah perkhidmatan cemerlang, kenaikan pangkat yang adil dan sebagainya. Firman Allah SWT dalam surah al-clmran (3:145; lihat juga al-Ahqaf 46:19):
“Sesiapa yang mengkehendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu; dan kami pula akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur”.
• Sabda Rasulullah saw (lihat Sunan Ibn Majah, Kitab al-Rahwan, Hadith 2443 1992:817) :
“Berilah upah kepada pekerja sebelum kering peluhnya”.
• Para pengurus hendaklah berlaku adil dalam menjalankan tugas, mengagihkan tugas, penilaian prestasi, tidak pilih kasih atau diskriminasi, kenaikan pangkat, membuat keputusan, arahan, hukuman dan lain-lain.
• Mereka dilarang bersifat zalim, penganiayaan, menyimpang dari hak (jawr), kecenderongan pada satu pihak dan sumpamanya.
• Kesimpulan, skop keadilan adalah teramat luas. Namun begitu hendaklah meliputi perkara-perkara berikut:
a. Keadilan dalam urusan persendirian.
b. Keadilan dalam menguruskan harta.
c. Keadilan dalam pertuturan.
d. Keadilan dalam proses perbicaraan dan penghukuman.
e. Keadilan kepada mereka yang tidak sealiran pendapat dengan kita (musuh). Firman Allah, bermaksud:
“……dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil kerana adil itu lebih dekat kepada takwa.”
(al-Maidah: 8)
• Keadilan bukanlah satu proses pengagihan atau pemberian yang sama rata mengikut rasional akal manusia. Ia ditentukan oleh Allah swt melalui Al-Quran dan Al-Sunnah.
• Dalam konteks pentadbiran atau pengurusan, keadilan boleh berlaku dalam hal-hal seperti berikut:-
a. Keadilan dalam bentuk yang bersamaan.
Contohnya, semua kakitangan (lelaki atau perempuan) berhak untuk mendapat pembayaran gaji pada hari yang sama pada setiap akhir bulan.
b. Keadilan dalam bentuk yang berbeza.
Contohnya, jumlah imbuhan, gaji, elaun dan ganjaran yang akan diterima oleh setiap kakitangan akan berbeza mengikut tahap perjawatan atau profesion masing-masing.
c. Keadilan dalam bentuk hak keistimewaan.
Contohnya, ketua jabatan boleh menggunakan keistimewaan (privilege) untuk mengubahsuai atau menetapkan peraturan dalam pejabat (local rules) demi kebaikan jabatan.
• Keadilan hendaklah menjadi prioriti utama kepada mana-mana sistem pengurusan atau pentadbiran. Tanpa keadilan sesuatu pentadbiran itu tidak akan bermakna dan tidak akan dapat berfungsi dengan sebaik mungkin.
2.3.4 AL-MUSAWAH (PERSAMAAN)
• Persamaan kedudukan setiap pentadbir atau pengurus di sisi undang-undang atau peraturan, dalam hak-hak asasi dan pada taraf atau status kemanusiaan.
• Semua manusia berasal dari satu keturunan yang sama.
• Perbezaan dari aspek amalan, tanggung jawab dan ketakwaan sahaja. (al-Hujurat: 13).
• Para pentadbir atau pengurus, ketua dan surbodinat, adalah sama disisi peraturan atau undang-undang yang syar’ie, tanpa sebarang pengecualian atau keistimewaan. Tiada sesiapa yang boleh menjatuhkan taraf dan kehormatan orang lain melainkan jika ianya dibenarkan oleh undang-undang.
• Manusia (pekerja atau pengurus) seharusnya diberi persamaan dari segi:
a. Tanggungjawab terhadap undang-undang.
b. Tangungjawab terhadap hukuman.
c. Agihan dan penerimaan kemudahan-kemudahan.
• Prinsip persamaan ini berhubung rapat dengan satu lagi prinsip iaitu keadilan.
2.3.5 AL-HURIYYAH (KEBEBASAN)
• Seseorang individu itu diberi hak, peluang dan pilihan untuk beragama, berfikir, bersuara, mencari harta, menuntut ilmu, bergerak dan sebagainya mengikut batas-batas undang-undang yang dikuatkuasakan.
• Kebebasan ini adalah sejajar dengan firman Allah swt, bermaksud:
“Tidak ada paksaan dalam beragama…..” (al-Baqarah :256)
• Mengikut undang-undang, seseorang itu itu berhak untuk mendapat kebebasan dalam perkara-perkara berikut:-
a. Kebebasan diri.
• Setiap individu tidak boleh dinafikan hak kebebasan dirinya.
• Setiap individu itu adalah berhak untuk tidak memperhambakan dirinya kepada mana-mana ketuanan.
• Setiap individu berhak untuk mendapatkan perlindungan daripada undang-undang yang dikuatkuasakan dan tidak boleh dinafikan haknya melainkan melalui perintah undang-undang.
b. Kebebasan beragama.
• Setiap individu juga tidak boleh dinafikan haknya beragama.
• Mereka tidak boleh dilarang daripada menjalani kehidupan beragama, melaksana kan tuntutan agama dan lain-lain lagi.
• Islam sama sekali tidak boleh memaksa penganut-penganut agama lain untuk memeluk agama Islam.
c. Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat.
• Kebebasan menyuara dan mengeluarkan pendapat dalam Islam tidak terhad kepada individu muslim sahaja, malah meliputi yang bukan Islam. Kebebasan tersebut tidaklah mutlak sehingga boleh mengancam kebebasan, kehormatan dan hak-hak individu lain.
• Kebebasan yang diberikan adalah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.
• Kebebasan ini sejajar dengan amalan syura yang dianjurkan oleh Islam. Melalui kebebasan ini, sesebuah organisasi itu akan menjadi bertambah mantap dan kukuh hasil daripada penyaringan berbagai-bagai pendapat yang bernas dan berfaedah.
d. Kebebasan bergerak dan tiada pembatasan untuk bergerak.
• Setiap manusia diberikan kebebasan untuk bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain. Mereka tidak sepatutnya dibataskan pergerakan mereka. Namun begitu, jika pembatasan ini terpaksa dilakukan demi keselamatan atau atas kehendak undang-undang, maka individu-individu tersebut hendaklah patuh kepada kehendak-kehendak tersebut.
e. Kebebasan untuk mencari dan memiliki harta.
• Setiap individu tidak seharusnya dinafi kan untuk bebas dan memiliki harta.
• Pencarian dan pemilikan harta-harta tersebut hendaklah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan tidak berlawanan dengannya.
• Kebebasan jenis ini hendaklah menjadi keutamaan kepada pihak organisasi atau jabatan dalam ertikata pihak-pihak tersebut hendaklah juga memberikan keutamaan kepada para pekerjanya untuk sama-sama merasai dan memiliki keuntungan syarikat atau jabatan dengan pembayaran gaji, imbuhan serta elaun yang setimpal.
• Penafian terhadap salah satu daripada hak-hak tersebut akan menyebabkan pencabulan terhadap hak kemanusiaan.
• Kebebasan yang diberikan adalah tidak mutlak.
• Kebebasan yang diberikan tidak boleh digunakan untuk mendatangkan ancaman kepada pihak-pihak lain atau mencabul kebebasan pihak lain.
• Kebebasan yang dianjurkan oleh Islam adalah yang paling ideal berbanding kebebasan yang dianjurkan oleh ciptaan manusia.
KESIMPULAN
• Perbincangan di atas menyentuh beberapa prinsip yang melingkungi Islam dan pentadbiran Islam. Namun begitu, sebenarnya terdapat pelbagai pendapat lain yang mengurang atau menokok tambah kepada prinsip-prinsip tersebut.
• Prinsip-prinsip lain antaranya ialah prinsip amanah, kesederhanaan, tidak menyusahkan dan lain-lain lagi. Hakikatnya, prinsip pengurusan Islam adalah berdasarkan kepada prinsip Islam itu sendiri.
Rujukan:
Fungsi Pengurusan
► Empat fungsi pengurusan
  • · Perancangan
  • · Pengorganisasian
  • · Kepemimpinan
  • · Pengawalan

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: